2 GAMBAR - AC MIZAL LAWAT ADIK DERITA KANSER MATA


"Tq Dato AC Mizal meluangkan masa untuk adik Farisha, semoga adik Farisha cepat-cepat sembuh," begitulah penghargaan peminat Datuk AC Mizal apabila pengacara dan penyanyi itu melawat adik Nurfarisha binti Muhd Firdaus, 18 bulan.

Untuk info, Nurfarisha seorang penghidap kanser mata tahap 4 sejak tiga bulan lalu. Dia juga kini tidak mampu berjalan kerana virus kanser dari matanya sudah mula menyerang bahagian otak.

Apabila kisah penderitaannya yang disiarkan media baru-baru ini, ramai pihak yang terkesan dengan berita tersebut hingga menjadi viral di laman sosial.





Apa yang menarik, Nurfarisha adalah peminat setia pengacara AC Mizal dan amat teringin berjumpa dengan personaliti kesayanganhya itu.

Bila mengetahui perkara itu, tanpa membuang masa AC bersama isterinya, Datin Emilia Rosnaida terus melawat Nurfarisha yang sedang dirawat di Wad Pediatrik Onkologi 5PA, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).



"Terharu melihat adik Farisha ini, dia memberi respond setiap kali mendengar suara saya di TV bila menyebut Maharaja Lawak Mega & peaceyall, peminat tegar DAC. Ini membuatkan kami terpanggil untuk melawat adik Nurfarisha. #prayfornurfarisha," ujar AC di petik melalui Instagramnya.

Bagi anda yang mampu, anda boleh membantu dengan menyalurkan bantuan anda ke akaun BSN ibunya 0211929000158015 (Intan Safina bt Mohd Rethuan). Selain itu, anda juga boleh menghubungi ibunya di talian 019-5682636 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "2 GAMBAR - AC MIZAL LAWAT ADIK DERITA KANSER MATA "

Post a Comment