AKSI LIAR NABILA HUDA BIDAS ROTI KAYA



Pelakon jelita, Nabila Huda melalui Twitter menafikan bahawa dia hadir ke parti Halloween seperti yang disebarkan oleh sebuah laman blog hari ini. Sebaliknya dia berpakaian sebegitu kerana mengikuti tema kostum sempena majlis hari jadi rakannya yang jatuh pada 28 Oktober 2012.

Tambahnya lagi, tarikh sambutan Halloween sebenarnya jatuh pada 30 Oktober 2012.

Kekesalan jelas disuarakan oleh Nabila Huda apabila dia secara langsung menegur laman blog berkenaan kerana menggunakan foto peribadinya sebagai bahan berita.


‘Hi @ro******, Stealing people’s personal photos n make ur own statement without asking nicely?Good job!Apa salah saya dgn awk ek?DM x jawap.’

Kata Nabila lagi, sepatutnya blog berkenaan bersikap lebih profesional dengan menerbitkan berita berdasarkan fakta yang kukuh.

‘Nak jadi bloggers,biar professional. Jangan makan gaji buta.Kalau nak controversi, pegi cari. Nak gambar, amik sendiri. Jangan mencuri..,” ujarnya di Twitter lagi.

Baru-baru ini, Nabila Huda turut ditimpa dengan kontroversi apabila mengenakan gaun hitam yang seksi di malam Anugerah Blokbuster.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AKSI LIAR NABILA HUDA BIDAS ROTI KAYA "

Post a Comment