PELAKON dan pengacara Awal Ashaari mendedahkan beberapa barang peribadi
miliknya hilang dan dipercayai dicuri ketika terlibat dalam satu
kemalangan jalan raya di Melaka tempoh hari lalu.
Menurut Awal, dia tidak menyangka ada pihak yang tergamak mengambil kesempatan ketika orang sedang dalam kesusahan.
Antara barang yang hilang termasuklah kasut yang dipakai Awal ketika kemalangan itu.
“Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang
tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang
berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.
“Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan.
Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan
penggambaran milik saya diambil.
“Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,” katanya.
Sekadar imbasan, kereta yang dinaiki Awal dan dipandu rakannya terbabas
dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan
Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan pada
29 lalu. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Awal Ashaari Dedah Barangnya Dicuri Ketika Kemalangan "
Post a Comment