ISU MESRA DENGAN ANAK TIRI - HANEZ SURAYA TAK KISAH KENA KUTUK


"Saya sedar ada yang mengkritik tetapi beginilah, saya buat baik pun kena kata, benda negatif apatah lagi.

"Pada saya apa yang mereka hendak kata saya tidak kisah kerana benda itu bukan baharu buat saya," demikian kata Hanez suraya, 30, berkenaan isu kemesraan dengan anak tirinya baru-baru ini.

Tambahnya, dia juga terkejut apabila ada pihak menuduh dia sengaja mahu menunjuk kebaikannya terhadap dua anak tirinya itu dengan sengaja memuat naik gambar mesra di Instagram.





"Saya tidak terkesan dengan kata-kata negatif itu kerana sudah lali dengan situasi tersebut," ujar Hanez yang baru-baru ini turut membawa anak-anaknya menghadiri ABPBH 2014 di Genting Highlands.

"Saya juga tidak perlu menjelaskan sebarang tindakan saya kepada pihak lain kerana paling penting peminat yang mengenali mengetahui siapa diri saya.



"Alhamdulillah disebalik semua kata cacian dan kritikan, saya masih ada keluarga dan peminat yang begitu menyokong. Itu sudah memadai," katanya yang masih menyesuaikan diri dengan alam rumah tangga yang hampir mencecah usia sebulan itu.

"Dulu sebelum kahwin saya sudah biasa menguruskan kehidupan sendiri tetapi selepas kahwin saya perlu memikirkan tentang suami dan anak-anak.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada masa sama saya masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini," jelasnya dipetik sebagai berkata melalui MStar.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " ISU MESRA DENGAN ANAK TIRI - HANEZ SURAYA TAK KISAH KENA KUTUK "

Post a Comment