Ketika ditanya oleh Zuan Azmi dalam program Melodi TV3 sama ada benar
Emma mengenali dua wanita yang membuat pendedahan mengenai kelakuan
Zizan, pelakon itu memberitahu:
"Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh.
Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma."
Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma."
Ketika ditanya sama ada Emma menyimpan dendam disebabkan dakwaan Zizan
tidak suka Emma hingga pernah meninggalkan sebuah majlis apabila
mendapati Emma turut berada di tempat itu, seolah-olah tidak mahu
berhadapan dengan Emma, dia memberitahu dia tidak ambil tahu.
"Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak
pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus
pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang
apa yang di belakang.
Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang.
Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.
Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.
Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang."

Dengan penafian ini, dapatlah disimpulkan bahawa Emma bukanlah ‘dalang’
yang didakwa penyebab kepada kontroversi yang kini melanda Zizan Razak.
Betul juga kata Emma tu, benda yang lepas tak perlu dikenang. Bila kita sudah melalui fasa kesedihan, biasanya kita akan muhasabah diri dan menyedari bahawa everything is just the way it should be. Chewahh!
0 Response to "Komen pedas Emma Maembong isu Zizan Razak kahwin gadis lain secara mengejut"
Post a Comment