Apabila seseorang sudah berhijrah tidak perlu lagi dipersoalkan sebaliknya ucapkan tahniah dan iringi doa kerana individu itu telah memperbaiki personaliti mereka ke arah menjadi insan yang lebih baik, itu pandangan Penyampai Radio Hot FM, Fara Fauzana.
Fara, 34, yang kini
telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk
menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan dan peminat. Jangan persoal jika orang berhijrah – Fara Fauzana.
“Apabila
seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam
hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa
perubahan itu berlaku. “Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan,
untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya.
“Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Fara atau dikenali juga sebagai
‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post.
Fara yang juga pengacara
rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon
doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang
benar mengikut tuntutan syarak. “Saya suka mendengar ceramah ceramah
agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang
saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan
membawa saya ke jalan yang benar,” katanya. Fara berkata, kalangan
pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di
kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik.
Sambil menjelaskan
perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau
pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan
mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang
membantu perkembangan kariernya. “Saya (hanya) akan menghadkan diri saya
untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk
membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang
ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan
pertubuhan tertentu.
Ditanya mengenai
penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih
pakaian yang ditaja. “Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa
ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang
akan digayakan dalam majlis. “Saya cuba elak berpakaian ketat
menampakkan bentuk tubuh,” kata Fara. via ekeleh and Rakyat Post.
0 Response to "Mesej Fara Fauzana Kepada Dr Mashitah Yang Mengejutkan Kami! "
Post a Comment