Benda kalau sudah mahu jadi, memang bukan oleh dielakkan. Itu yang
terjadi kepda pelkon Amar Baharin baru-baru ini yang mengalami
kecederaan selepas ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan
Cinta Ke Syurga di Rawang pada Ahad lalu.
Bercerita kepada media tentang apa yang berlaku, Amar Baharin berkata
kejadian berlaku ketika beliau bersama beberapa pelakon tambahan lain
melakonkan adgegan pergaduhan sebelum terkena tumbukan oleh seorang
pelakon baru, Redza Rosli.
"Sedang asyik bergelut, Redza yang sepatutnya menumbuk saya dengan kadar
perlahan telah pun terlebih sasaran lalu menyebabkan kulit kepala pada
bahagian kelopak mata terkoyak,"ujurnya.
Pelakon itu bagaimanapun tatap meneruskan penggambaran yang berbaki
sedikit sebelum beliau dihantar ke Hospital pakar KPJ Rawang untuk
mendapatkan rawatan.
"Tetapimasa itu saya tak rasa sakit. Dua jam kemudian selepas kejadian
barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk menapatkan rawatan dan
doktor memberitahu luka saya agak dalam dan perlu dijahit," tambahnya
lagi kepada mStar Online.
Amar Bahrin turut berkata kemungkinan besar penggambaran sebuah drama
selepas ini perlu ditangguhkan sementara menunggu lukanya itu sembuh.
0 Response to "Punca Sebenar Amar Baharin Ditumbuk Sehingga Cederah Di Bahagian Kelopak Mata."
Post a Comment