Raabiatul Adawiyah dikebali sebagai tokoh yang santun dan bijak. Tidak
hairan jika Pengiran Muda Abdul Malik begitu mengaguminya.
Raabiatul Adawiyah, 22 tahun, telah rasmi menjadi isteri kepada putra
keenam Pengiran Muda Abdul malik Bruneii Darussalam, Raja Abdul Malik,
31 tahun. Kecantikan dan prestasi Raabiatul membuat sang Pengiran Muda
kagum, hinggah menuliskan kekaguman di akaun laman sosial facebook
peribadi miliknya.
"Yang Mulia Dayangku (isteriku) Raab'atul 'Adawiyyah binti pengiran Haji
Bolkih sudah biasa dengan didikan agama dan sikap bersopan santun
daripada kedua-du ayahanda dan bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap
hormat menghormati di antara satu sama yang lain, bahkan keupayaannya
dalam menjaga adinda-adinda ketika keduanya sibuk dengan tugasan
merupakan satu kelebihan yang dimilikinya.
Abdul menuliskan, isterinya mempunyai bnyak prestasi dalam bidang
keagamaan dan aktiviti sosial sejak masih duduk di bangku sekolah. Ia
menjai juara dalam pelbagai perlumbaan membaca Al-Quran.
"Antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan tersebut
yang diadakan di Jame" Asr Hassanil Bolkiah pada tahun 2005 dan mewakili
Skim Tilawah Al-Quran Remaja pada tahun 2008 setra menyertai
Pertandingan Dikir Dabai'ie. Di Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan
Maktab-Maktab Senegara," ungkap Abdul.
Kemampuan membaca Al-Quran yang begitu baik mengantarakan Raabiatul
meraih gelaran "The Best Muslimah Al-Quran Recital". Geleran itu diraih
dalam ajang Miss World Muslimah di Indonesia pada tahun 2013.
"Dengan kejayaan ini turut membawanya berjaya mendapat geleran Pembaca
Al-Quran Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Qur'an Recital) keseluruhan
dari kesemua aspek pada tahun 2013 apabila berjaya mewakili negara dalam
Pertandingann Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang bersangkut
paut dengan aktiviti keagamaan," terangnya.
Tidak hanya itu, Abdul begitu memuji Raabiatul, lantaran kerap terlibat
dalam aktiviti sosial. Menurut Abdul, Rbiyatul kerap terlibat dalam
usaha perjuangan hak kaum wanita di negeri itu.
"Bahkan semangat yang dimiliki Yang Mulia terus diperjuangkan setelah
kembali ke negara berhasrat menyumbangkan aktiviti amal kebajikan
terutama sekali kepada hal ehwal kebajikan kaum wanita, ibu-ibu dan
remaja," katanya.
0 Response to "Putra Pengiran Muda Abdul Malik Kagum Dengan Pencapaian Isterinya Raabiatul Adawiyah. "
Post a Comment