RANCANG PINDAH KE MALAYSIA - TAUFIK BATISAH INGIN DEKAT DENGAN PEMINAT


Penyanyi yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana' iaitu Taufik Batisah merancang ingin berpindah ke Malaysia bagi memudahkan perjalanan kerjayanya di samping dapat memberi fokus lebih karier nyanyiannya itu.

Menurut Taufik, dia mengakui isterinya, Sheena Akbal tidak mempunyai sebarang masalah dengan rancangannya itu, tetapi bagaimanapun dia kini sedang memujuk ibunya untuk pindah bersama.

"Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Tambahnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mengimpikan agar muziknya mendapat tempat di hati peminat industri hiburan Malaysia tetapi percubaannya sebelum ini gagal dan dia kini mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk menetap di sini.

Jika berpindah ke Malaysia, dia percaya khususnya di Kuala Lumpur dia akan semakin dekat dengan peminat serta ruang untuk muncul di media lebih mudah.

Tidak hairanlah jika Taufik ingin mengembangkan kerjayanya di Malaysia, kerana sebelum ini beberapa rakyat Singapura berjaya mencipta nama mereka di sini seperti Aaron Aziz, Adi Putra serta Hisyam Hamid.










Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RANCANG PINDAH KE MALAYSIA - TAUFIK BATISAH INGIN DEKAT DENGAN PEMINAT "

Post a Comment