Kesian Rita.. bersabarlah Rita, anda bukan keseorangan... tabahkan hati,
ingat selalu kepada sang pencipta. Pasti ada hikmah disebalik semua
ini... cam cantik je doakan semoga Rita terus sukses dalam hidup..
SHAH ALAM – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar memberitahu, tindakan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak, 28, menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan menanggung penderitaan batin.
Rita Rudaini, 39, berkata, kisah dirinya diceraikan yang tersebar dengan cepat itu juga menyebabkan dia terpaksa menanggung aib.
Selain itu, perkembangan kisah cerainya yang tersebar secara meluas itu turut menjejaskan kehidupan sehariannya dan kerjaya seninya.
“Saya malu dengan masyarakat sehingga takut untuk keluar rumah. Saya juga mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan seorang diri bersama dua anak yang masih kecil.
“Namun semangat untuk mempertahankan hak anak-anak saya menguatkan diri dengan mengatasi gangguan emosi tersebut,” kata pelakon itu ketika disoal balas peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd. Zain.
Rita Rudaini memberi keterangan sedemikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM300,000 pelakon itu di hadapan Hakim Mawardi Che Wan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Perbicaraan itu berjalan tanpa kehadiran Aidil Zafuan yang tidak mendapat kelepasan majikannya iaitu Johor Darul Takzim (JDT) kerana sedang menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi perlawanan Piala AFC dengan Kelab Kitchee SC di Stadium Larkin, Johor Bahru malam ini.
0 Response to "Rita alami derita batin, aib "
Post a Comment