SAM BUNKFACE NIKAH 25 APRIL - JULIANA EVANS DOAKAN BEKAS KEKASIHNYA BAHAGIA

"Saya sangat gembira menerima perkhabaran yang Sam sudah bertemu dengan seseorang dan akan meneruskan kehidupan baru.

"Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga mereka berdua kekal bahagia serhingga ke akhir hayat," demikian kata Juliana Evans mengenai bekas kekasihnya Sam (Bunkface) yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Untuk makluman, Sam bakal bergelar suami kepada penerbit TV3 iaitu Aida Azira pada 25 April ini.





“Kami berdua sudah lama berpisah dan semuanya sudah pun berlalu seperti kata orang lama, barang yang lepas usah dikenang.

“Mungkin tiada jodoh buat kami berdua namun saya sebenarnya tumpang gembira menerima berita perkahwinanya ini,” tambahnya.

Sam dan kekasihnya Aida


Mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi rap SonaOne, Juliana tetap menafikan bahawa dia dan penyanyi itu mempunyai hubungan intim.

"Hubungan kami tidak lebih daripada seorang rakan biasa namun saya tidak menyangkal bahawa SonOne seorang rakan yang sangat baik," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada MStar.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SAM BUNKFACE NIKAH 25 APRIL - JULIANA EVANS DOAKAN BEKAS KEKASIHNYA BAHAGIA "

Post a Comment