Kisah percintaannya dengan aktor, Kamal Adli seperti diketahui umum
sudah pun menemui titik noktah. Tidak lama selepas itu, aktres cantik
ini dikhbarkan sudah menemui pengganti dan gambar Intan Ladyana ketika
bercuti ke itali bersama beberapa rakan termasuk lalaki tersebut
dikatakan menjadi bukti bahawa hati Intan kembali terisi.
Namun takkan diusik media, baiklah dia akan mendirikan rumah taangga
pada malam tayangan filem terbarunya, Abang Lejen, baru-baru ini,Intan
menjawab itu dengan persoalan:" dah ada calon ke?" Justeru apabila
ditanya tentang jejaka berkenaan, Intan dengan bersahaja menjelaskan
bahawa semua itu hanya gosip sahaja.
"Kehidupan sekarang ini biasa sahaja. Buat masa ini belum ada jodoh
lagi. Kisah itu? Itu hanya gosip sahaja. Tak baik buat gosip,"katanya
sambil tersenyum. dalam pada itu, berkongsi pengalaman terbarunya, intan
berkata, dia kini sedang bercuti dan hanya mempromosikan filem Abang
Lejen.
"Sekali lagi, saya kembali berkerjasama dengan Farid Kamal dan
Alhamdulillah tidak sukar mencari keserasian dengannya kerana kami sudah
bertahun-tahun bekerja bersama.
"Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai Intan, seorang anak
penghulu yang agak pentingkan diri sendiri dan meminati saudaranya yang
dilakonkan oleh Farid, cabaran terbesar saya dalam filem ini adalah saya
melakukan sendiri aksi lasak dengan mengantungkan diri di atas siling.
"Untuk babak tersebut, pihak produksi mengikat tali pada bahagian perut
dan saya perlu turun naik beberapa kali dalam sehari dan kesiannya perut
saya sakit selama dua hari. Selain itu, antara babak lain yang sukar
adalah saya kena lipsync sambil menari ala tamil di taman dan tenaga
panas selama beberapa jam," ujurnya.
0 Response to "Kembali Solo..?? "
Post a Comment