Tindakan Luar Dugaan Tun Mahathir Terhadap Kenyataan Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan.

Nampaknya selepas Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan yang beliau keseorangan dalam mengkritik pemerintahan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, Semakin ramai telah bangun dan menyatakan sokongan terhadap beliau.
Terbaru, dua selibriti terkenal tanah air Dato Siti Nurhalizah dan Jelitawan Rozita Che Wan telah mengejutkan ramai pihak yang menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan beliau merasakan "keseorangaan" mengkritik pentabdiran perdana menteri.
Bagi Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti, bekas Perdana Menteri yang memerintah 22 tahun ituu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan nama Malaysia sehinggah terkenal di mata dunia.
"Love you Tun Mahathir dan sentiasa bersama tun..
"Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dn dugaan membangunkan Malaysia hinggah terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
"Tiada yng muda kalau tidak kerana orng tua," itu antara tulisan Siti Nurhaliza di akaun Instalgramnya.
BACA: Dr Mahathir tidak keseorngan kerna majoriti senyap sentiasa Bersama Beliau - Muhamad Muhd Talib.
Penyanyi lagu terbaik irama Malaysia itu juga menggunakan hashtag #sayaanakmalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.
Rozita Che Wan tuurut sama menyatakan sokongan terbukanya kepada Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Keempat itu.
Che ta dalam laman Instalgramnya turut berbuat perkara yang sama dengan Dto Siti dengan meletakkan gambar Dr Mahathir dengan "caption".


"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang..," tapi kami ini orang merhein sapa nak dengaq soqa kami," kata jelitawan 42 tahun dalam sedikit dialek kedh.
Bukan sahaja menyatakan dukungan kepada Mahathir, Rozita juga menyatakan kebencin terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.
Beliau menyatakan bantahan haus itu melalui penggunaan hashtag#bencigst di samping #SayaanakMalaysia, #welovetun dan #tundrmahathirmohamad.
Dr Mahathir pada 13 April lalu telah mengeluarkan kenyataannya melalui chedet.cc bahawa beliau keseorngan ketika membangkkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.
Beliau bagaimanapun mengesahkan kritikan dalam isu Altantuya Shaariibu dan 1malaysia Development Bhd (1MDB) dibuat atas rasa tanggungjaawabnya kepada rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tindakan Luar Dugaan Tun Mahathir Terhadap Kenyataan Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan. "

Post a Comment